Doaku


Aku berdoa kepada mu.
Jadi kan lah aku pemilik tulang rusuk kiri pada
orang yang berada di jalan mu
dan aku berdoa..
Jadi kan lah dia orang yang beriman...



Luka

Bila hati terluka
Akal cuba mencari jalan untuk
mengubati hati
dan menjaga nya
supaya dia tidak terus terluka.

Memberi nya satu iilusi.
Memancarkannya gambaran bahagia
supaya hati tidak terus terjatuh dilembah hitam
supaya hati tidak berputus asa

'setiap luka yang dia dapat,pasti akan ada kebahagian yang muncul kelak'
kata akal kepada hati.




Dan Tuhanmu berfirman:Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan KU perkenankan bagimu.

Dia pejam kan mata,cuba untuk mencari kekuatan.Dia hirup udara cuba untuk mencari ketenangan.Hati nya rusing,fikiran nya tak menentu.Kekusutan yang ada belum lagi terungkai muncul pula satu simpulan masalah.Dia mengeluh.

Bila Dia Bukan Untukku



Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”